Thursday, December 18, 2008

Just a Public Holiday

Abang sulung saya masih tak menjawab. Lalu saya ulang soalan itu sekali lagi, "Abang Anis, semasa di England dahulu, Abang buat macam mana?"

* * * * * * * * * *

Hari sebelumnya saya membuka e-mel. Antara e-mel yang masuk datangnya dari seorang rakan nun jauh di negara matahari terbit. Termasuk isinya ialah satu soalan, "Macam mana dengan rancangan untuk hari krismas nanti? Ada date dengan girlfriend ye? Hihi.." Sempat lagi dia mengusik. Namun apa yang sebenarnya menarik perhatian saya ialah ayat terakhir dalam kiriman itu. "Saya nak hantar kad tahun baru dan merry christmas. Nanti kita sama-sama berbalas kad ya!"

Maka kerana itu, hari ini saya bertanya kepada Abang, "Semasa Abang di England dulu, Abang balas ucapan merry christmas kepada rakan tak?"

Dengan wajah tersenyum, Abang menjawab, "Tak. Abang rasa kamu pun tahu sebabnya kan?" Senyuman yang terukir tidak hilang lagi pada saat dia menamatkan perbualan pagi itu.

* * * * * * * * * *

Jarum jam jatuh sedikit daripada angka yang sepatutnya. Saya kira malam ini tidak banyak yang ingin dilakukan, hanya sekadar berehat sambil berlenggang-lenggang sahaja. Sambil berbaring, saya membuka suis televisyen. Hmm.. Rancangan yang biasa-biasa saja.

Malam itu juga, saya mendapat satu pengajaran dengan menonton TV. Tidak, channel yang sedang ditonton pada malam itu bukanlah TV9, bukan juga Astro Oasis. Seorang mukmin sepatutnya mampu menukarkan yang negatif kepada positif, selagi mana ia tidak bertentangan dengan agama.

There was a scene that caught my attention, dan secara tak langsung juga, menjawab persoalan yang telah saya ajukan kepada Abang.

"As we are celebrating Christmas tomorrow.." pemilik sebuah kedai memulakan bicara..

"Ehem.." namun bicaranya dipotong oleh salah seorang pekerjanya.

"Oh, I see.. As we are celebrating Christmas tomorrow, and our Hebrew friend here is celebrating a public holiday, I want all the employees to do their best today. Is that clear?" bicaranya disambung.

Dialog di atas berlaku pada awal cerita. Pada penghujungnya pula, satu lagi dialog yang seumpama dilakonkan.

Meski dialog itu pendek, namun bagiku, jawapan Abang Anis akhirnya saya benar-benar faham. Mungkin ada pembaca yang kurang faham disebabkan visual babak itu tidak dapat ditunjukkan di sini.

Pemilik kedai dan semua pekerjanya beragama kristian, kecuali seorang yang beragama yahudi. Saya terkesan apabila seorang pekerjanya yang beragama yahudi seolah-olah ingin mengingatkan kepada bosnya, betapa dia adalah beragama yahudi, dan tidak mengiktiraf krismas kerana perayaan itu bertentangan dengan kepercayaan agamanya. Malah, dia mampu membuatkan sang bos yang sememangnya lebih berkuasa daripadanya (dari segi jawatan di tempat kerja) hormat kepada anutan agamanya dengan menyatakan krismas itu hanyalah 'public holiday' untuknya.


Maka jika pihak media saja mampu menunjukkan betapa tegasnya orang yahudi (watak dalam babak yang saya tonton bukanlah seorang yang 'warak' ya) dalam menyatakan 'keimanannya' kepada bentuk perayaan yang dibenarkan dalam agamanya, mengapa kita seolah-olah sanggup mengalah? Berat sangatkah untuk kita nyatakan kepada rakan non-Muslim yang bertanya, bahawa selaku Muslim, ada sesetengah perayaan yang tidak kita sambut? Begitu sukarkah untuk beranggapan bahawa cuti pada 25 Disember itu hanyalah sekadar public holiday untuk kita?

Maka setelah itu saya balas e-mel rakan saya.

"Krismas? Huhu.. Saya tiada apa-apa perancangan untuk krismas nanti. Lagipun, saya selaku Muslim tak menyambut krismas lah. =) Baiklah, saya pun akan kirimkan kad selamat tahun baru kepada awak ok. Jya, matane."


1 comments:

mustaQim said...

arigatou...

mou wakatta..

Post a Comment