Saturday, October 25, 2008

Malaysia Kalah

Jiwa terasa sedikit sedih dan kecewa apabila skuad Harimau Belang tewas di sarang sendiri. :-(

Kemungkinan besar topik baru untuk menjadi buah mulut sudah muncul. Mana mungkin kita kalah sedangkan faktor tuan rumah berada di sebelah kita? Apakah tidak cukup latihan selama ini atau sudah tertulis sejak azali yang skuad kita memang ditakdirkan lemah pada zaman ini? Nampaknya kita perlu menunggu lebih lama lagi untuk para harimau kita kembali ke puncak seperti zaman kegemilangannya dulu.

Lantas aku terfikir, betapa kita ini bersikap patriotik(?). Lucutnya Piala Pesta Bola Merdeka kepada Vietnam telah menyebabkan ramai dalam kalangan kita yang seolah-olah berkabung. Tidak kurang juga yang tidak habis-habis mengkritik prestasi para pemain.

Itulah kita. Suka selalu mengkritik, seakan-akan sudah menjadi hobi dan trend masa kini. Tidak kiralah sama ada Malaysian Idol, Akademia Fantasia, Bintang Cilik atau apa rancangan sekali pun, kita seolah-olah telah dididik untuk mengkritik.

Ya, kita cukup terasa tatkala pasukan kita tewas. Seluruh negara merasainya. Patriotik lah katakan. Namun terdetik di fikiranku, sebanyak manakah tangisan air mata yang telah aku tumpahkan apabila terdengar khabar tentang saudara-mara kita yang dizalimi? Palestin, Iraq, Kashmir, di mana-mana sahaja, adakah aku sudah cukup berkabung dan berdoa untuk mereka? Atau pun, sebanyak manakah usaha yang telah aku implementasikan dalam membantu mereka sedangkan selama ini aku hanya tahu mengkritik negara-negara terdekat, malah berjuang untuk memboikot para musuh pun tidak? Oh Tuhan, lindungilah aku daripada bersikap sedemikian!

Sesungguhnya dihinanya saudara kita di sana lebih patut untuk kita sedihkan. Kalaulah setakat satu pasukan bola sepak sahaja mampu membuatkan kita geram, takkanlah berbuah-buah negara serta berjuta-juta individu Mukmin yang diseksa tidak membuatkan kita lebih sedih?

Sama-samalah kita fikirkan.

0 comments:

Post a Comment